KATA NAMA
Menurut
Nik Safiah Karim et al. (2009), golongan kata nama Bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan,iaitu (i) Kata Nama Am, (ii) Kata Nama
Khas, dan (iii) Kata Ganti Nama.
KATA NAMA
a. Kata Nama Am
b. Kata Nama Khas
c. Kata Ganti Nama
A. Kata Nama Am
Menurut Tatabahasa Dewan (2009), Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk benda,perkara, konsep umum sifatnya.
a. Benda - alam, dunia, cakerawala, pokok, orang
b. Perkara - iklim, cahaya, roh, udara, hisapan.
c. Konsep-kedamaian, perpindahan, keadilan.
Latihan
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am hidup manusia.
CARTAGENA
(Sepanyol): Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang menubuhkan
sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar,
Sabah yang akan menempatkan dua kapal selam jenis Scorpene.
"Kita
akan menjalankan latihan di negara sendiri,dan kita memperoleh alat
simulator bagi melatih warga kapal selam," kata Panglima TLDM, Laksamana
Datuk Abdul Aziz Jaafar kepada pemberita Malaysia pada raptai
pelancaran kapal selam kedua jenis Scorpene di limbungan Navantia di
sini, kelmarin.
Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM menjalani latihan di perancis untuk mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu.
B. Kata Nama Khas
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009),kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau benda.
Contohnya: Kuala Lumpur, Ahmad, Masjid Negara.
Jenis-jenis Kata Nama Khas
Menurut
Tatabahasa Dewan (2009), kata nama khas membawa makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi),
undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan,
huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan
kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan
lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan
manusia. Pembahagian kata nama khas demikian boleh ditunjukkan melalui
rajah yang berikut:
Jenis Kata Nama Khas
1) Hidup
- Manusia
- Bukan Manusia
2) Tak Hidup
a) Kata Nama Khas Hidup
i) Kata Nama Khas Hidup Manusia- Jamil, Puteri Salbiah, Sharifah Aini
ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia- Sang Kancil, Si Tompok, Pak Belang
b) Kata Nama Khas Tak Hidup
i) Benda- Proton, Piala Malaysia
ii) Institusi- Universiti Malaya, Wisma Putra
iii) Tempat- Ipoh, Tokyo
iv) Bahasa/Bangsa- Inggeris, Melayu
v)Konsep- Dasar Ekonomi Baru, Akta Hasutan
No comments:
Post a Comment