Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mau belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa, tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.
Selamat datang ke blog saya. Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua.
Wednesday, September 30, 2015
It's all about me
Nama diberi Nur Azlin binti Samsuddin. Berasal daripada Tawau, Sabah. Sekarang tengah study dekat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Boleh dikatakan bakal guru lah ni. hehehe.. (Over pulak) Baru PPISMP sem 1 pun Ambilan Jun 2015 bagi subjek Pendidikan Khas. Tapi kita sedih la awak, terpaksa tinggalkan family nun jauh di sana serta rakan-rakan. Nak nangis.. opssss jangan. perjalanan masih jauh Azlin, kuatkan semangatmu..Ya la apa x nya, dahla jauh terdampar di bandar Melaka negeri bersejarah ni, tapi best gak la boleh la meneroka alam hahaha. dah la, ckup smpai sini je la coretan. nak masuk klas. bubyeeee~ Assalamualaikum
KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI
IBU BAPA
Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka
perlulah peka terhadap perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses
pengajaran yang berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk
tingkah laku dan akademik anak mereka. Ibubapa seharusnya memberi latihan
kepada anak mereka sewaktu anak mereka berada di rumah dan memastikan anak
mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu bapa juga perlulah
mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari
segi mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah mengesan dengan kadar
segera masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka kerana kemungkinan masalah
itu dapat dipulihkan. Ibu bapa juga perlulah mendapatkan nasihat daripada
pakar-pakar perubatan tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Mereka juga perlulah memasang strategi yang sesuai untuk anak-anak mereka yang
menghadapi masalah untuk membentuk kelakuan anak-anak itu .
Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan
anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada segelintir
ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat
bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU
tersebut. Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar
bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya
pergi ke sekolah , bergaul dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain
sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk dterima
oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu bertukar kepada
kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan perkembangan dan
kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka. Kesibukan ibu bapa sehingga
mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi
terapi yang pada mereka tidak membawa
makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada
anak-anak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah
secara berterusan . Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan
khas juga dapat memberikan semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga akan
berasa lebih yakin pada diri sendiri kerana ada yang menyokong mereka.
Penglibatan ibu bapa juga dapat meningkatkan lagi perkembangan anak-anak
mereka.
GURU
Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program
pendidikan khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang
mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan
tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam
diri setiap murid. Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di
sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat
manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar
orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti
mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Peranan
guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama
guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan
sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral
tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan
aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang
telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh
daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan
apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan
pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk
mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti
menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan
guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang
sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi
murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain
untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa
mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka
dapat diperbaharui. Guru juga berperanan penting untuk membentuk kanak-kanak
pendidikan khas supaya mereka pandai berdikari dan menguruskan diri. Mereka
juga perlulah berfikiran kreatif, inovatif dan imagenatif. Ini kerana jika guru
pendidikan khas seorang yang mempunyai ciri-ciri begini ia dapat menarik minat
murid-murid berkeperluan khas. Guru pendidikan khas juga perlulah membawa
murid-murid berkeperluan khas melawat kawasan luar agar dapat meluaskan
pengetahuan mereka tentang dunia luar.
Selain itu, untuk melancarkan lagi perkembangan program pendidikan khas
kerjasama guru pendidikan khas sangat penting. Guru pendidikan khas dan juga guru
biasa perlulah berkongsi pendapat untuk mencapai objektif dalam pendidikan
khas. Mereka juga boleh bertuka-tukar bahan untuk mengajar. Hal ini dapat
menjimatkan lagi masa dan tenaga. Maka ketahuilah bahawa peranan guru juga
sangat untuk merealisasikan aspirasi pendidikan khas.
KOMUNITI
Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang golongan
orang kurang upaya (OKU). Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah
diri dalam membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan OKU. Komuniti yang
bertanggungjawab harus bersedia melibatkan diri dalamsegala program yang
dianjurkan untuk golongan OKU.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan
rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka
juga memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas
serta mereka juga memberi penerangan kepada ibu bapa, para professional dan
orang ramai. Mereka juga berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada
kanak-kanak berkerperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental.
Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal. Badan-badan bukan kerajaan
juga menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing
bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu
bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu murid berkeperluan
khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan kemahiran
hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini juga
menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan
dirujuk. Mereka juga menjalan program tindakan awal ‘early intervention’,
menjalankan program pra sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan
menjalankan program penglihatan terhad. Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan
oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Care, Persatuan Kanak-Kanak
Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orang Buta Malaysia,
Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of Malaysia,
NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi
perkhidmatan kepada orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang
ditetapkan. Mereka menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar
dengan mereka sahaja. Mereka juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan
pelajar kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan
dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. “
Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” dirangka bagi
menwajibkan bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya
termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka
bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan pelbagai program untuk
menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan orang kurang
upaya menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti
anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat
pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang
upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka
mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil untuk menyediakan lebih banyak
kemudahan mesra orang kurang upaya seperti kemudahan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari halangan.
Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun
Pekerja Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan
kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat
bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan
pendapatan dapat memenuhi keperluan asas kehidupan OKU dan tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau
orang lain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang
produktif dan untuk meningkatkan taraf
hidup OKU di dalam masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan
kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara
percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen
perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais
bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos
rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra vokasional, kelas akademik tidak
formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar diberikan kepada individu orang
kurang upaya kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut
kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan diberi kepada orang
kurang upaya yang mengalami kecacatan yang teruk.
PAKAR PERUBATAN
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai
mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu
pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini ialah untuk memulih atau
mengubati kecacatan yang dialami. Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak
dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka untuk bertutur. Begitu
juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanak-kanak buta adalah untuk
memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan teknologi dan
perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar perubatan
merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional
children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri
perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah
biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan
atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan
menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau
punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi
kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan
dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan untuk memastikan
kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu tidak bertambah teruk.
Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik
mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas
dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang
kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak
berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan
pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak
berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan
mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya
diterima untuk bersekolah. Terdapat enam pakar perubatan yang terlibat dalam
pendidikan khas iaitu pediatrik, neurologi, terapi pertuturan, terapi fizikal,
audiologi dan oftomologi. Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat
penyakit kanak-kanak dengan mengesan punca masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak tersebut seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Pakar
neurologi pula mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan
neuorologikal seperti kecederaan otak. Ia juga mengawal hiperaktif dan masalah
menumpu perhatian dengan memberikan ubat “ Ritalin” untuk mengawal kanak-kanak
hiperaktif. Pakar oftomologi akan menaksirkan penglihatan pelajar.Sekiranya
mereka mempunyai masalah penglihatan yang berbeza daripada kanak-kanak normal
mereka memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak
yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran pula akan dirujuk kepada
pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran kanak-kanak tersebut. Terapi
pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan
dan bahasa kanak-kanak.Terapi pertuturan ini akan menggunakan pelbagai pendekatan,
teknik dan cara untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan
kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi
fizikal pula adalah untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar
kanak-kanak, melatih kemahiran hidup serta kemahiran untuk membantu diri.
Pendidikan Khas
KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
Berdasarkan dua artikel yang saya telah baca tentang khidmat sokongan,
khidmat sokongan merupakan satu kumpulan orang yang mempunyai kepakaran dan
keperihatan dalam kerja – kerja sosial . Mereka terdiri daripada para professional
yang mahir dalam bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan dan tidak
berdasarkan bayaran. Mereka dikenali sebagai Pasukan pelbagai Disiplin.Khidmat
Sokongan biasanya dalam bentuk bantuan atau pertolongan seperti khidmat
kepakaran, penasihat, kemudahan, perundangan, kewangan atau psikologi dalam
menangani murid- murid pendidikan khas bagi mencapai matlamat pendidikan. Perkembangan
khidmat sokongan telah bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi
perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat
perhatian dalam pendidikan khas (Cook &Friend,1991a) Beliau juga telah
mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung
sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan
untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat
sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang
melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru,ibu bapa dan
murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas bukan
hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai
kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.Khidmat sokongan
dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guru-guru khas, guru-guru
biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat masyarakat. Penglibatan keluarga
menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990-an. Hal ini telah menyebabkan
terbentuknya kolaborasi kumpulan pelbagai disiplin. Kolaborasi ialah perkembangan
dan pengekalan yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan
saling bekerjasama dalam menyelesakan sesuatu masalah dan perkongsian dalam
membuat sesuatu keputusan melalui proses perundingan. Kolaborasi adalah
usahasama di antara beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk
melaksanakan sesuatu projek. Usaha ini diperlukan kerana sumbangan dan peranan
mereka yang berbeza-beza dapat membantu kanak-kanak tersebut. Pihak-pihak yang
terlibat dalam kolaborasi pendidikan khas di sekolah ialah kaki tangan sekolah
seperti guru besar, guru pendidikan khas, pentadbir dan staf sokongan sekolah,
pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator, ibu
bapa, penjaga dan ahli keluarga. persatuan-persatuan dalam komuniti, jabatan-jabatan
kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Kesihatan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
Antara sebab mengapa perlunya ada kolaborasi dan kerjasama di antara pelbagai
disiplin dalam pendidikan khas di sekolah adalah kerana untuk menjalankan
diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahap kanak-kanak pendidikan khas, setiap
jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendalian yang berbeza caranya,
membuat keputusan secara berpasukan tentang penempatan jenis persekolahan
kanak-kanak pendidikan khas, setiap kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami
masalah yang berlainan memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan
yang berbeza, pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk
dikendalikan, setiap kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait
rapat dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar perlu dirujuk
kepada beberapa pakar, pendidikan khas memerlukan sumber kewangan yang besar
dengan mengabungkan tenaga dan peralatan dari pelbagai pihak dapat mengurangkan
beban ini dan akhir sekali masalah tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas
biasanya dapat diselesaikan dengan lebih efektif jika terdapat usahasama antara
pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu bapa.
Monday, September 28, 2015
Nombor Kompleks
Nombor kompleks ialah gabungan nombor nyata dan nombor khayalan. Nombor kompleks mempunyai bentuk:
Contohnya, ialah sebuah nombor kompleks dengan bahagian nyata 3 dan bahagian khayalan 2. Katakan , bahagian nyatanya ditulis atau , manakala bahagian khayalannya ditulis atau .
Nombor kompleks boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi seperti nombor nyata, tetapi dengan sifat lain. Contohnya, nombor nyata sendiri tidak boleh memberi jawapan untuk semua persamaan polinomial, manakala nombor khayalan boleh.
Dalam beberapa bidang (terutamanya kejuruteraan elektrik) di mana i ialah simbol untuk arus elektrik, unit khayalan ditulis j.
Konjugat untuk nombor kompleks z = a + ib adalah z' = a - ib

Kesamaan
Dua nombor kompleks adalah sama jika dan hanya jika bahagian-bahagian nyatanya sama dan bahagian-bahagian khayalannya sama. Dalam kata lain, jika dua nombor komples ditulis sebagai dan dengan , , , dan adalah nyata, maka kedua-dua nombor itu adalah sama jika dan hanya jika dan .Operasi-operasi
Nombor kompleks boleh dicampur, ditolak, didarab, dan dibahagi dengan mengenakan hukum-hukum kalis sekutuan, kalis tukar tertib, dan kalis agihan, serta persamaan :- Campur
- Tolak
- Darab
- Bahagi
- di mana dan bukan sifar. Ini diperoleh dengan mendarab pengangka dan penyebut dengan konjugat penyebut , iaitu .
Konjugat untuk nombor kompleks z = a + ib adalah z' = a - ib
-
- Z' = Z
- (Z1+ Z2)' = Z'1 + Z'2
- (Z1
.
Z2 )' = Z1'.
Z2' - (Z1 / Z2 )' = Z'1 / Z2 '
Kata Nama (Tatabahasa)
KATA NAMA
Menurut
Nik Safiah Karim et al. (2009), golongan kata nama Bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan,iaitu (i) Kata Nama Am, (ii) Kata Nama
Khas, dan (iii) Kata Ganti Nama.
KATA NAMA
a. Kata Nama Am
b. Kata Nama Khas
c. Kata Ganti Nama
A. Kata Nama Am
Menurut Tatabahasa Dewan (2009), Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk benda,perkara, konsep umum sifatnya.
a. Benda - alam, dunia, cakerawala, pokok, orang
b. Perkara - iklim, cahaya, roh, udara, hisapan.
c. Konsep-kedamaian, perpindahan, keadilan.
Latihan
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am hidup manusia.
CARTAGENA
(Sepanyol): Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang menubuhkan
sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar,
Sabah yang akan menempatkan dua kapal selam jenis Scorpene.
"Kita
akan menjalankan latihan di negara sendiri,dan kita memperoleh alat
simulator bagi melatih warga kapal selam," kata Panglima TLDM, Laksamana
Datuk Abdul Aziz Jaafar kepada pemberita Malaysia pada raptai
pelancaran kapal selam kedua jenis Scorpene di limbungan Navantia di
sini, kelmarin.
Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM menjalani latihan di perancis untuk mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu.
B. Kata Nama Khas
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009),kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau benda.
Contohnya: Kuala Lumpur, Ahmad, Masjid Negara.
Jenis-jenis Kata Nama Khas
Menurut
Tatabahasa Dewan (2009), kata nama khas membawa makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi),
undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan,
huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan
kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan
lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan
manusia. Pembahagian kata nama khas demikian boleh ditunjukkan melalui
rajah yang berikut:
Jenis Kata Nama Khas
1) Hidup
- Manusia
- Bukan Manusia
2) Tak Hidup
a) Kata Nama Khas Hidup
i) Kata Nama Khas Hidup Manusia- Jamil, Puteri Salbiah, Sharifah Aini
ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia- Sang Kancil, Si Tompok, Pak Belang
b) Kata Nama Khas Tak Hidup
i) Benda- Proton, Piala Malaysia
ii) Institusi- Universiti Malaya, Wisma Putra
iii) Tempat- Ipoh, Tokyo
iv) Bahasa/Bangsa- Inggeris, Melayu
v)Konsep- Dasar Ekonomi Baru, Akta Hasutan
Sunday, September 27, 2015
Kesantunan Berbahasa
Apakah erti kesantunan?
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu
Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka. Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun.
Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut:
Ketika orang diam
Aku bersorak
Ketika orang duduk aku berdiri
Ketika orang memberi
Aku meminta
Ketika orang bekerja
Aku terlena
Ketika orang dipuncak
Aku masih merangkak.
Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu.

Pemanasan Global
Pemanasan Global
Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Faktor Pemanasan Global
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
Kesan Pemanasan Global di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Bukan semua rakyat Malaysia tidak prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

- Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
- Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
- Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kesan Pemanasan Global di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Bukan semua rakyat Malaysia tidak prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Wednesday, September 9, 2015
Ciri-ciri Autisme
Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan. autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:
- kurang atau tiada kontak mata
- kurang ekspresi muka
- tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
- lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
- mengulang kata-katanya secara berulang kali
- kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
- mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
- tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin
- melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
- mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu
x
Subscribe to:
Posts (Atom)